Aku minta berlindung dengan Allah
daripada syaitan yang kena rejam. Dengan nama Allah Tuhan Yang Amat Murah.
اَللهُمَّ
صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَى مَوْلاَنَا مٌحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ فِي كٌكِّ
لَمْحَةٍ وَنَفَسٍ عَدَدَمَا وَسِعَهُ عِلْمُ اللهِ . اَللهُمَّ اِنِّى اُقَدِّمُ
اِلَيْكَ بَيْنَ يَدَىْ كُلِّ نَفَسٍ وَلَمْحَةٍ وَطَرْفَةٍ يَطْرِفُ بِهَا
اَهْلُ السَّمَوَاتِ وَاَهلُ الاَرْضِ وَكُلِّ شَيْءٍ هُوَ فِى عِلْمِكَ
كَائِنٌ أَوْ قَدْ كَانَ اُقَدِّمُ اِلَيْكَ بَيْنَ يَدَى ذَلِكَ كُلِّهِ
(1 kali)
Hai Tuhanku, beri rahmat oleh-Mu dan
beri selamat oleh-Mu dan berkat oleh-Mu atas tuan kami Nabi Muhammad dan atas
ahlinya pada tiap-tiap pandangan mata dan nafas sebilang-bilang barang yang
meliputi akan dia oleh ilmu Allah. Hai Tuhanku, bahawasanya aku mendahului
kepada Engkau antara hadapan tiap-tiap nafas dan pandangan mata dan kerlipan
mata yang berkelip dengan dia oleh ahli segala langit dan ahli bumi dan antara
tiap-tiap suatu di dalam ilmu Engkau itu sungguhnya sudah ada ia aku mendahului
kepada Engkau antara hadapan yang demikian itu sekaliannya.
اَسْتَغْفِرُ
اللهَ الْعَظِيْمَ الَّذِى لاَ اِلَهَ اِلاَّ هُوَ الْحَيَّ الْقَيُّوْمَ
وَاَتُوْبُ اِلَيْهِ
(3 kali)
Aku minta ampun akan Allah Tuhan Yang
Maha Besar yang Tiada Tuhan melainkan ia Tuhan Yang Hidup lagi Amat Mendiri
akan tiap-tiap suatu dan aku taubat kepada-Nya.
سُبْحَانَ
اللهِ
(100 kali)
Maha Suci Allah
اَلْحَمْدُ
لِلهِ
(100 kali)
Kepujian itu bagi Allah
لاَ اِلَهَ
اِلاَّ اللهُ
(100 kali)
Tiada Tuhan melainkan Allah
اَللهُ
اَكْبَرُ
(100 kali)
Allah Maha Besar
سُبْحَانَ
اللهِ الْعَظِيْمِ وَبِحَمْدِه
(100 kali)
Maha Suci Allah Yang Maha Besar dan dengan Kepujiannya.
اَللهُمَّ
صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَى مَوْلاَنَا مٌحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ فِي كٌكِّ
لَمْحَةٍ وَنَفَسٍ عَدَدَمَا وَسِعَهُ عِلْمُ اللهِ
(100 kali)
Tuhanku, beri rahmat oleh-Mu dan beri
selamat oleh-Mu dan beri berkat oleh-Mu atas tuan kami Nabi Muhammad S.A.W dan
atas ahlinya pada tiap-tiap pandang mata dan nafas sebilang-bilang barang yang
meliputi akandia oleh imu Allah.
لاَ اِلَهَ
اِلاَّ اللهُ مُحَمَّدٌ رَسٌوْلُ اللهِ فِى كُلِّ لَمْحَةٍ وَنَفَسٍ عَدَدَمَا
وَسِعَهُ عِلْمُ اللهِ
(100 kali)
"Tiada Tuhan melainkan Allah
Muhammad Rasulullah, pada setiap kerlipan mata dan nafas sebanyak bilangan
keluasan ilmu Allah"
اَللّهُمَّ
اِنِّيْ أَسْاَلُكَ بِنُوْرِ وَجْهِ اللهِ الْعَظِيْمِ الَّذِي مَلأ أَرْكانَ
عَرْشِ اللهِ الْعَظِيْمِ وَقَاْمَتْ بِهِ عَوَاْلِمُ اللهِ الْعَظِيْمِ أَنْ
تُصَلِّىَ عَلَى مَوْلانَا مُحَمَّدٍ ذِي الْقَدْرِ الْعَظِيْمِ وَعَلَى آلِ
نَبِيِّ اللهِ الْعَظِيْمِ بِقَدْرِ عَظَمَةِ ذَاْتِ اللهِ الْعَظِيْمِ فِيْ كُلِّ
لَمْحَةٍ وَنَفَسٍ عَدَدَمَا فِيْ عِلْمِ اللهِ الْعَظِيْمِ صَلاةً دَاْئِمَةً
بِدَوَاْمِ اللهِ الْعَظِيْمِ تَعْظِيْمًا لِحَقِّكَ يَا مَوْلانَا يَا مُحَمَّدُ
يَا ذَا الْخُلُقِ الْعَظِيْمِ وَسَلِّمْ عَلَيْهِ وَعَلَى آلِهِ مِثْلَ ذَلِكَ
وَاجْمَعْ بَيْنِىْ وَبَيْنَهُ كَمَا جَمَعْتَ بَيْنَ الرُّوْحِ وَالنَّفْسِ
ظَاهِرًا وَبَاطِنًا يَقَظَةً وَمَنَامًا وَاجْعَلْهُ يَارَبِّ رُوْحًا لِذَاْتِىْ
مِنْ جَمِيْعِ الْوُجُوْهِ فِى الدُّنْيَا قَبْلَ الأخِرَةِ يَا عَظِيْمُ
(1 kali atau 3 kali atau 10 kali)
: "Ya Allah, sesungguhnya aku bermohon kepada Engkau dengan cahaya
Dzat Allah Yang Maha Agung, yang memenuhi tiang-tiang 'arasy Allah Yang Maha
Agung, dan berdiri dengannya alam-alam Allah Yang Maha Agung, agar Engkau
berselawat atas penghulu kami (Nabi) Muhammad, yang mempunyai kadar yang agung
dan (berselawat juga) atas keluarga Nabi Allah Yang Maha Agung, dengan kadar
keagungan Dzat Allah Yang Maha Agung, pada setiap kelipan dan penafasan
sebilangan apa yang ada pada ilmu Allah Yang Maha Agung, selawat yang sentiasa
berkekalan dengan kekalnya Allah Yang Maha Agung, kerana mengagungkan hakmu
wahai penghulu kami, wahai (Nabi) Muhammad, wahai yang mempunyai akhlak yang
agung dan salamlah keatasnya dan keatas ahli keluarganya seperti semua itu juga
dan himpunkanlah antaraku dan antaranya (Rasulullah) sebagaimana Engkau
himpunkan antara roh dan diri (jasad) pada zahirnya dan pada batinnya, dalam
keadaan sedar mahupun di dalam keadaan tidur, dan jadikanlah dia (Rasulullah)
ya Tuhanku sebagai roh bagi dzatku daripada segala segi di dunia, sebelum hari
akhirat, ya Allah Yang Maha Agung"
أَسْتَغفِرُ
اللهَ العَظِيْمَ الَّذِيْ لاَاِلَهَ اِلاّ هُوَ الْحَيَّ القَيُّوْمَ غَفَّارَ
الذُّنُوْبِ ذَالْجَلالِ وَالاِكْرَامِ وَأَتُوْبُ اِلَيْهِ مِنْ جَمِيْعِ
الْمَعَاصِى كِلِّهَا وَالّذُنُوْبِ وَالأثَامِ وَمِنْ كُلِّ ذَنْبٍ أَذْنَبْتُهُ
عَمْدًا وَخَطَأً ظَاهِرًا وَبَاطِنًا قَوْلاً وَفِعْلاً فِىْ جَمِيْعِ
حَرَكَاتِىْ وَسَكَنَاتِىْ وَخَطَرَاتِىْ وَأَنْفَاسِىْ كِلِّهَا دَائِمًا أَبَدًا
سَرْمَدًا مِنَ الذَّنْبِ الَّذِىْ أَعْلَمْ وَمِنَ الْذَّنْبِ الَّذِىْ لاَ أَعْلَمْ
عَدَدَ مَا أَحَا طَ بِهِ الْعِلْمُ وَأَحْصَاهُ الْكِتَابُ وَخَطَّهُ الْقَلَمُ
وَعَدَدَمَا أَوْجَدَتْهُ الْقُدْرَةُ وَخَصَّصَتْهُ الاِرَادَةُ وَمِدَادَ
كَلِمَاتِ اللهِ كَمَا يَنْبَغِىْ لِجَلاَلِ وَجْهِ رَبِّنَا وَجمَاَلِهِ
وَكَمَالِهِ وَكَمَا يُحِبُّ رَبُّنَا وَيَرْضَى
(1 kali atau 3 kali)
: "Aku memohon keampunan Allah
yang Maha Agung, yang tiada tuhan yang disembah melainkan Dia, Yang Maha Hidup,
Yang Maha Berdiri Dengan SendiriNya, Dia adalah Tuhan Yang Maha Pengampun
segala dosa, Yang mempunyai Ketinggian dan Kemuliaan, dan aku bertaubat kepadaNya
dari semua kemaksiatan, semuanya sekali, dan dari segala dosa dan kesalahan,
dan daripada segala dosa yang aku lakukannya sama ada sengaja ataupun tidak
sengaja, yang zahir dan yang batin, dalam bentuk percakapan dan dalam bentuk
perbuatan, dalam setiap pergerakanku dan dalam setiap diamku dan dalam setiap
lintasan hatiku dan dalam setiap penafasanku, semuanya sekali, selalu,
selama-lamanya dengan tiada akhirnya, daripada dosa yang aku ketahui dan
daripada dosa yang tidakku ketahui, sebanyak bilangan apapun yang meliputi ilmu
(Allah), dan apapun yang dihitung oleh kitab (Allah), dan apapun yang ditulis
oleh kalam (Allah), dan sebilangan apapun yang dijadikan oleh kudrat (Allah),
dan apa yang dikhususkan oleh kehendak (Allah), dan sebilangan kalimat-kalimat
Allah, sebagaimana yang sepatutnya, mengikut Kemuliaan dan Ketinggian Dzat
Tuhan kami, dan Kecantikkannya, dan Kesempurnaannya, dan sebagaimana yang
disukai oleh Tuhan kami dan yang diredhai olehNya."
سُبْحَانَكَ
اللهُمَّ وَبِحَمْدِكَ أَشْهَدُ أَنْ لا إِلَهَ إِلا أَنْتَ أَسْتَغْفِرُكَ
وَأَتُوبُ إِلَيْك، عَمِلْتُ سوأً ، وَظَلَمْتُ نَفْسِي وَاعْتَرَفْتُ بِذَنْبِي
فَاغْفِرْلِي فَإِنَّهُ لا يَغْفِرُ الذُّنُوْبَ إِلا أَنْتَ
(3 kali)
Maha Suci Engkau Hai Tuhanku dan dengan
kepujian Engkau aku naik saksi tiada Tuhan melainkan Engkau aku minta ampun
akan diKau dan aku taubat kepada Engkau telah aku mengerjakan kejahatan dan aku
buat nyaya akan diriku dan mengaku aku dengan dosa aku maka ampun oleh-Mu
bagiku bahawasanya tiada dapat mengampuni akan segala dosa melainkan Engkau.
سُبْحَانَ
رَبِّكَ رَبُّ العِزَّةِ عَمَّا يَصِفُوْنَ وَسَلامٌ عَلىَ المُرْسَلِينَ
والحَمْدُ اللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ
(1 kali)
Maha Suci Tuhan Engkau Tuhan yang
mempunyai kekuatan daripada barang yang mesifat oleh mereka itu dan selamat
atas segala Rasul dan kepujian itu bagi Allah Tuhan sekalian alam.